Friday, 26 December 2014

Poster



Inilah hasil penggunaan aplikasi Gimp yang dipelajari dari kuliah Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi..


Magazine

Monday, 1 December 2014

TARIAN KAUM CINA

1. Tarian naga






Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.

Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

2. Tarian kipas




Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

3. Tarian Singa
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
            Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,[(Malaysia)] dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
             Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

http://tarianmalaysia29.blogspot.com/ diamil pada 2/12/2014

TARIAN MASYARAKAT DI BORNEO

1. TARIAN SUMAZAU



Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.


2. TARIAN NGAJAT



Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai. Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu ditangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

http://tarianmalaysia29.blogspot.com/ diamil pada 2/12/2014

TARIAN KAUM INDIA

1.TARIAN KATHAK





Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India.
Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud "seni bercerita" .

Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.

Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.

2. BHARATA NATYAM




Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

http://tarianmalaysia29.blogspot.com/ diambil pada 2/12/2014

TARIAN MASYARAKAT MELAYU

1.TARIAN MAK YONG



Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

2. ZAPIN

Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.

3.GAMELAN


http://tarianmalaysia29.blogspot.com/ diamil pada 2/12/2014



CONTOH MUZIK-MUZIK TRADISIONAL




1. SAPE



2. ANGKLUNG




3. KOLINTANG


EROFON

Peralatan muzik ini dimainkan melalui hembusan atau tiupan.


1. Serunai






Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. Serunai digunakan untuk mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.



2. SERULING



Seruling ataupun lebih dikenali dengan 'suling' oleh masyarakat dusun adalah sejenis alat muzik tradisional masyarakat ini. Seruling biasanya dimainkan semasa hari keramaian ataupun hari kedukaan ( semasa hari kematian seseorang ).

Mengikut sejarah, seruling ini direka oleh orang tempatan sendiri. Seruling atau suling ini di perbuat daripada buluh yang kecil. Kadang kala suling juga boleh di perbuat daripada batang paip. Cara-cara untuk membuatnya ialah pertama sekali, ambil sebatang buluh yang kecil. Biarkan buluh itu sehingga kering supaya bunyi dan bentuk seruling tidak berubah. Kedua, buat lubang pada batang buluh tersebut. Jumlah lubang adalah lapan semuanya. Tujuh lubang untuk penggunaan kod dan satu lubang lagi adalah bahagian untuk ditiup.


3. NAFIRI




 Nafiri merupakan sejenis alat muzik tradisional yang berasal dari kepulauan Riau di pulau Sumatera yang bentuknya mirip dengan terompet. Selain sebagai alat muzik, nafiri juga digunakan sebagai alat komunikasi bagi masyarakat Melayu terutamanya untuk memberitahu tentang adanya bencana, dan berita tentang kematian. Pada zaman kerajaan dulu, nafiri digunakan sebagai alat untuk menyatakan peperangan terhadap kerajaan lain. Selain itu juga, nafiri digunakan untuk memberitakan tentang kematian raja, diangkatnya raja. Alat ini juga digunakan untuk mengumpulkan rakyat, agar mereka segera datang ke alun-alun istana untuk mendengarkan berita atau pengumuman dari rakyat mereka. Oleh karena itu, alat ini dijadikan sebagai barang pusaka kerajaan.
             Alat ini juga diperbuat daripada perak dan berukuran panjang 32 inci atau 33 cm. Bunyinya terdengar sayup-sayup. Nafiri dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat Diraja (kerajaan), mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan Diraja dan upacara sambutan Raja.