Sunday, 9 November 2014

mari berkenalan dengan Sape

http://4.bp.blogspot.com/-LHSdoQvZSMQ/UDjOwBx7JUI/AAAAAAAAAJo/OAKXhWHTwrQ/s400/2.JPG

SEDIKIT SEBANYAK LATAR BELAKANG BERKAITAN DENGAN SAPE..


SAPE DAHULU DAN SEKARANG

  • Sape disebut sebagai "sapeh". Sape bermaksud memetik dengan jari. Sape merupakan salah satu alat muzik peribumi di Sarawak yang dimainkan oleh orang ulu pada awalnya iaitu Kenyah, Kenyah, Kelabit dan Murut yang berada di bahagian pendalaman negeri Sarawak. 
  • Asalnya penghasilan sape ini adalah kerana mimpi si isteri yang tengah sakit, apabila dia bermimpi dia terdengar bunyi yang sangat merdu yang dihasilkan oleh kayu Adau, lalu si suami mencari kayu tersebut dan membuat sebuah sape. Maka sembuhlah si isterinya tadi. Sejak itu, sape digunakan untuk mengubat penyakit oleh dukun untuk memanggil roh-roh bagi membantunya merawat penyakit. 
  • Bunyi muzik yang merdu dan unik itu pula ditentukan oleh beberapa utas tali yang digunakan. Pada permulaannya sapeh hanya menggunakan dua utas tali dan tiga fret sahaja. Sape merupakan alat muzik yang diperbuat daripada 'kayok kita' menurut bahasa Kayan yang bererti kayu Jelutong. Selain Jelutong, kayu Pelaie dan Keladan turut digunakan kerana ketahanan kayu tersebut. 
  • Ukiran yang digunakan pula bermotifkan flora iaitu ukiran lingkaran daun pakis dan tumbuhan lain. Malah pada masa sekarang ukiran tersebut telah melihatkan kreativiti mengikut kesukaan si pengukir seperti bentuk kepala burung kenyalang, muka orang dan sebagainya. Setiap penghasilan sape mempunyai ceritanya yang tersendiri.
  • Memainkan sape ini suatu masa dahulu adalah dilarang untuk kaum wanita terutamanya anak-anak muda perempuan tetapi kini semua lapisan tidak kira lelaki atau perempuan memainkan sape.
  • Sape juga tidak boleh dimainkan jika ada orang meninggal di rumah panjang
CARA-CARA PENGHASILAN SAPE


  • Kayu yang digunakan adalah kayu Palaie bukit selain kayu Jelutong kerana ketahanannya yang bagus. Kayu tersebut dikeringkan terlebih dahulu.
  • Langkah-langkah;
  1. membentuk badan sape terlebih dahulu mengikut kreativiti masing-masing
  2.  membina 'tabung resonansi' iaitu kotak suara sape di bahagian belakang
  3. mengukir motif dengan menggunakan corak yang telah dilukis pada kertas tebal terlebih dahulu, contohnya corak orang utan
  4.  membuat fret dan pasang tali

  • Pembinaan kotak suara sape memerlukan ketelitian kerana akan mempengaruhi bunyi sape yang akan terhasil
  • Pembuatan sape ini kebiasaanya memakan masa selama 1 minggu ataupun 10 hari dimana keadaan tersebut bergantung pada cuaca
  • Cat yang digunakan dahulu adalah cat yang dihasilakan oleh getah pokok-pokok
  • Tali yang digunakan pula adalah 4 utas pada masa kini
FUNGSI SAPE

Fungsi utama sape pada zaman dahulu adalah untuk menyembuhkan penyakit. Selain itu, sape juga digunakan dalam majlis keramaian seperti majlis perkhawinan. Sape juga dimainkan untuk menghiburkan hati yang merindui orang yang berjauhan dengan mereka, contohnya orang tua yang merindui anak-anak yang berada di perantauan. Setelah keadaan semakin moden, fungsi sape juga berubah. Muzik sape juga kini dimainkan untuk mengiringi tarian menyambut tetamu seperti Datun Juluk. Rentak muzik yang perlahan dan lembut adalah untuk perempuan dan sebaliknya untuk kaum lelaki.

KESIMPULAN

Alat muzik sape ini merupakan salah satu alat muzik warisan tradisional yang sudah terkenal bukan sahaja dalam negeri Sarawak sendiri malah di luar negara juga malah sekarang terdapat sape moden iaitu sape elektrik. Pelbagai usaha dilakukan untuk memperkenalkan sape kepada masyarakat dalam mahupun luar negara melalui program seperti Borneo Rainforest Festival yang diadakan setiap tahun. Kini fungsi sape serta penghasilannya sudah berubah mengikut arus masa malah mendapat perhatian ramai kerana bunyinya yang lembut dan menenangkan jiwa. Antara tokoh pemain sape yang dikenali ramai ialah Tasau Padan dan Jerry Kamit. Sekian,,,