Friday, 26 December 2014

Poster



Inilah hasil penggunaan aplikasi Gimp yang dipelajari dari kuliah Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi..


Magazine

Monday, 1 December 2014

TARIAN KAUM CINA

1. Tarian naga






Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.

Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

2. Tarian kipas




Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

3. Tarian Singa
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
            Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,[(Malaysia)] dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
             Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

http://tarianmalaysia29.blogspot.com/ diamil pada 2/12/2014

TARIAN MASYARAKAT DI BORNEO

1. TARIAN SUMAZAU



Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.


2. TARIAN NGAJAT



Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai. Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu ditangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

http://tarianmalaysia29.blogspot.com/ diamil pada 2/12/2014

TARIAN KAUM INDIA

1.TARIAN KATHAK





Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India.
Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud "seni bercerita" .

Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.

Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.

2. BHARATA NATYAM




Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

http://tarianmalaysia29.blogspot.com/ diambil pada 2/12/2014

TARIAN MASYARAKAT MELAYU

1.TARIAN MAK YONG



Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

2. ZAPIN

Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.

3.GAMELAN


http://tarianmalaysia29.blogspot.com/ diamil pada 2/12/2014



CONTOH MUZIK-MUZIK TRADISIONAL




1. SAPE



2. ANGKLUNG




3. KOLINTANG


EROFON

Peralatan muzik ini dimainkan melalui hembusan atau tiupan.


1. Serunai






Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. Serunai digunakan untuk mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.



2. SERULING



Seruling ataupun lebih dikenali dengan 'suling' oleh masyarakat dusun adalah sejenis alat muzik tradisional masyarakat ini. Seruling biasanya dimainkan semasa hari keramaian ataupun hari kedukaan ( semasa hari kematian seseorang ).

Mengikut sejarah, seruling ini direka oleh orang tempatan sendiri. Seruling atau suling ini di perbuat daripada buluh yang kecil. Kadang kala suling juga boleh di perbuat daripada batang paip. Cara-cara untuk membuatnya ialah pertama sekali, ambil sebatang buluh yang kecil. Biarkan buluh itu sehingga kering supaya bunyi dan bentuk seruling tidak berubah. Kedua, buat lubang pada batang buluh tersebut. Jumlah lubang adalah lapan semuanya. Tujuh lubang untuk penggunaan kod dan satu lubang lagi adalah bahagian untuk ditiup.


3. NAFIRI




 Nafiri merupakan sejenis alat muzik tradisional yang berasal dari kepulauan Riau di pulau Sumatera yang bentuknya mirip dengan terompet. Selain sebagai alat muzik, nafiri juga digunakan sebagai alat komunikasi bagi masyarakat Melayu terutamanya untuk memberitahu tentang adanya bencana, dan berita tentang kematian. Pada zaman kerajaan dulu, nafiri digunakan sebagai alat untuk menyatakan peperangan terhadap kerajaan lain. Selain itu juga, nafiri digunakan untuk memberitakan tentang kematian raja, diangkatnya raja. Alat ini juga digunakan untuk mengumpulkan rakyat, agar mereka segera datang ke alun-alun istana untuk mendengarkan berita atau pengumuman dari rakyat mereka. Oleh karena itu, alat ini dijadikan sebagai barang pusaka kerajaan.
             Alat ini juga diperbuat daripada perak dan berukuran panjang 32 inci atau 33 cm. Bunyinya terdengar sayup-sayup. Nafiri dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat Diraja (kerajaan), mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan Diraja dan upacara sambutan Raja.

KORDOFON

Alat muzik kordofon ialah alat muzik yang dimainkan menggunakan cara petikan. Ini bermaksud setiap alat muzik ini menggunakan tali yang direngangkan. Antara alat muzik kordofon ini adalah:


1. GAMBUS





Gambus atau qanbūs (Bahasa Arab: القنبوس‎ ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang nada pada alat tali). Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara Islam. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar.

2. REBAB

Rebab ialah alat muzik tradisional kaum dari Afganistan.  Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab dianggap merupakan keluarga kecapi. Badan rebab lazimnya dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Busurnya dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi. Rebab banyak digunakan dalam muzik di Afghanistan. Selain itu, rebab juga digunakan gamelan dan muzik mengiringi Mak Yong, Main Puteri, dan Selampit di Malaysia dan Indonesia.

3. JAPEN dan PANTING

Alat muzik ini datangnya dari Kalimantan Tengah.
 



MEMBRANOFON

Alat muzik membranofon ialah sebuah alat muzik yang sumber bunyinya dihasilkan melalui kulit haiwan kebiasaannya yang direngangkan. Alat muzik seperti ini boleh ditemui dalam mana-mana kaum terutamanya kaum Melayu, India dan etnik di Sabah dan Sarawak.

1. BEDUK
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pengenalan:
Sejenis gendang yang berpasangan (ibu dan anak). Diperbuat dari kayu nangka yang berongga dan kedua-dua permukaan dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Hanya satu permukaan sahaja yang digunakan. Sebelah lagi digunakan setelah permukaan satu lagi rosak. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang dijadikan kaki.
Fungsi:
Digunakan untuk tujuan persembahan wayang kulit, majlis keagamaan dan istiadat di kampung-kampung.
Cara Bermain:
Dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan sahaja.

2. REBANA UBI
 
 
Pengenalan:
Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz.
Fungsi:
Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian.
Cara Bermain:
Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah.
 
3. NAHARA
 
 
 
 
 
Pengenalan:
Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang.
Fungsi:
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.
Cara Bermain:
Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.

 
4. GEDUK
 
 
 
 
 
 
Pengenalan:
Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak.
Fungsi:
Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.
Cara Bermain:
Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu.
 
 
 

IDIOFON..

TONGUNGGAK
Alat music ini dihasilkan secara spontan melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semula jadi sesebuah alat ini. Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.


http://2.bp.blogspot.com/-wn_wGq8vlSg/T6J__UvSvpI/AAAAAAAABiM/yYR9bBL1jqE/s1600/tonggunggak.jpg

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.
KULINTANGAN
http://p2.la-img.com/21/38532/16478596_1_l.jpg
Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan malah alat muzik ini turut dimainkan oleh kaum Bidayuh di Sarawak. Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong tradisional. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.

Alat Musik Tradisional Kaum Di Sabah

 
1. SOMPOTON
 
 
 
http://3.bp.blogspot.com/_Y9KvyfS3z1k/Rgh6RzJxGrI/AAAAAAAAAKs/Dzmvx7zgzU8/s400/Sompoton_1.jpg
 
 
 
 
                 Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan.
               Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah.
               Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.
Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.
             Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan suku kaum Kadazandusun.
 
 
 
 
 
 

 

 

ANGKLUNG







Jika kita menyebut angklung pasti ramai yang teringat akan nada musiknya yang merdu dan asyik. Angklung juga merupakan salah satu alatmuzik masyarakat Asia yang dipercayai datang daripada Jawa, Indonesia. Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.
Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.
Terdapat beberapa jenis angklung antaranya ialah:

  • Angklung Kanekes, muzik khas suku kaum Baduy, Banten
  • Angklung Dogdog Lojor, muzik khas Sukabumi, Jawa Barat
  • Angklung Gubrag, muzik khas Bogor, Jawa Barat
  • Angklung Badeng, muzik khas Garut, Jawa Barat
  • Angklung Buncis, muzik khas Bandung, Jawa Barat

Bahagian – Bahagian Angklung


Angklung terdiri dari beberapa bagian
1. Tabung sora yang terdiri dari 2 Tabung
a. Tabung kecil terletak di sebelah kiri dan,
b. Tabung besar yang berada di sebelah kanan
2. Ancak yaitu bagian rangka Angklung yang dibagi menjadi beberapa bagian
c. Jejer bagian dari ancak (rangka angklung)
d. Tabung dasar (bawah)
e. Palang Gantung sebagai penyangga tabung sora

(http://previewagc.blogspot.com/2012/12/definisi-sejarah-dan-cara-bermain.html)







ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA 3



Alat Muzik Kaum India





Dholak
Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.






Tabla
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat  terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.





Veena

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain.
 

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA 2

Alat Muzik Kaum Cina.


Erh Hu







Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.





Pipa

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.







Seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.  Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.


retrieved from http://choykeng.blogspot.com/2013/04/alat-muzik-tradisional-kaum-kaum-di.html on 1/12/2014

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

ALAT MUZIK KAUM MELAYU


Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.






Gampus

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.








Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.


retrieved on 1/12/2014 from http://choykeng.blogspot.com/2013/04/alat-muzik-tradisional-kaum-kaum-di.html 

GONG alat musik masyarakat Asia..

Sejarah  Ringkas - Perkembangan Alat Gong

            Alat 'Gong' di dunia wujud dalan dua bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai 'busut' ataupun 'tombol'. Perkataan 'Gong' yang digunakan secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal daripada perkataan Melayu/Indonesia. Keluarga 'Gong' di Malaysia secara umunya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang berbusut ataupun yang 'bertombol'. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah, dan besi dan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza di antara satu dengan yang lain termasuk juga pic dan timbre. Istilah tetawak yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah tempatan ataupun daerah bagi alat 'gong' yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia. Di kalangan masyarakat di Sabah alat 'gong' dari jenis yang sama dikenali sebagai 'Tawag'.
           Pada masa kini terdapat juga alat 'Tetawak' yang diperbuat daripada besi sebagai alternatif oleh pakar-pakar dari kalangan masyarakat tempatan.Mereka menggunakan teknik 'petri' ataupun dibentuk daripada objek seperti 'leger' iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipetrikan.
                 
(http://www.sabah.gov.my/pd.kdt/gambar/Bengkel%20gong.jpg)

GONG / TETAWAK IBU



Gong /Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama dalam budaya muzik masyarakat Melayu tradisi  di Malaysia. Ianya sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak anak  khususnya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan, Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana dan tarian-tarian rakyat.
          Tetawak ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar dari Tetawak Anak. Dalam konteks persembahan, pada prinsipnya Tetawak  Ibu dan Anak digantungkan pada tiang yang diukir khas dan Tetawak Ibu  hendaklah berada di sebelah kiri pemain.


CANANG                                                             
Canang sejenis alat daripada keluarga gong yang berukuran  kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.
 Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya disertakan secara berpasangan iaitu Canang ; 'ibu' dan 'anak'. Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik, mengikut amalan semasa Canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonic yang mempunyai pic suara yang tepat. Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, Canang yang bernada seperti C,D,E dan G mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang. Kini terdapat dua jenis Canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'. Gambar yang dipamerkan ini ialah Canang Asyik yang diperbuat daripada gangsa dan Canang Ibu dan  Anak yang diperbuat daripada besi, mempunyai tombol yang kecil serta dinding yang rendah.

BONANG
Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu. Mengandungi dua oktaf dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang. Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi 'degung'. Secara dikotomi Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang(lelaki) mengikut bahasa Jawa. Dalam permainan Gamelan melayu, melodi pokok diimprovisasikan  yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni. Di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya, secara tradisi, alat Bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai sistem nama yang hampir sama dengan alat keluarga Gong yang terdapat di Sarawak, dikenali sebagai 'engkeromomg' manakala dalam tradisi Gamelan di Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam ensemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat.


diambil daripada http://shidaburn-shida.blogspot.com/ pada 1/12/2014