Monday, 1 December 2014

EROFON

Peralatan muzik ini dimainkan melalui hembusan atau tiupan.


1. Serunai






Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. Serunai digunakan untuk mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.



2. SERULING



Seruling ataupun lebih dikenali dengan 'suling' oleh masyarakat dusun adalah sejenis alat muzik tradisional masyarakat ini. Seruling biasanya dimainkan semasa hari keramaian ataupun hari kedukaan ( semasa hari kematian seseorang ).

Mengikut sejarah, seruling ini direka oleh orang tempatan sendiri. Seruling atau suling ini di perbuat daripada buluh yang kecil. Kadang kala suling juga boleh di perbuat daripada batang paip. Cara-cara untuk membuatnya ialah pertama sekali, ambil sebatang buluh yang kecil. Biarkan buluh itu sehingga kering supaya bunyi dan bentuk seruling tidak berubah. Kedua, buat lubang pada batang buluh tersebut. Jumlah lubang adalah lapan semuanya. Tujuh lubang untuk penggunaan kod dan satu lubang lagi adalah bahagian untuk ditiup.


3. NAFIRI




 Nafiri merupakan sejenis alat muzik tradisional yang berasal dari kepulauan Riau di pulau Sumatera yang bentuknya mirip dengan terompet. Selain sebagai alat muzik, nafiri juga digunakan sebagai alat komunikasi bagi masyarakat Melayu terutamanya untuk memberitahu tentang adanya bencana, dan berita tentang kematian. Pada zaman kerajaan dulu, nafiri digunakan sebagai alat untuk menyatakan peperangan terhadap kerajaan lain. Selain itu juga, nafiri digunakan untuk memberitakan tentang kematian raja, diangkatnya raja. Alat ini juga digunakan untuk mengumpulkan rakyat, agar mereka segera datang ke alun-alun istana untuk mendengarkan berita atau pengumuman dari rakyat mereka. Oleh karena itu, alat ini dijadikan sebagai barang pusaka kerajaan.
             Alat ini juga diperbuat daripada perak dan berukuran panjang 32 inci atau 33 cm. Bunyinya terdengar sayup-sayup. Nafiri dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat Diraja (kerajaan), mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan Diraja dan upacara sambutan Raja.

No comments:

Post a Comment