Monday, 1 December 2014

GONG alat musik masyarakat Asia..

Sejarah  Ringkas - Perkembangan Alat Gong

            Alat 'Gong' di dunia wujud dalan dua bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai 'busut' ataupun 'tombol'. Perkataan 'Gong' yang digunakan secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal daripada perkataan Melayu/Indonesia. Keluarga 'Gong' di Malaysia secara umunya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang berbusut ataupun yang 'bertombol'. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah, dan besi dan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza di antara satu dengan yang lain termasuk juga pic dan timbre. Istilah tetawak yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah tempatan ataupun daerah bagi alat 'gong' yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia. Di kalangan masyarakat di Sabah alat 'gong' dari jenis yang sama dikenali sebagai 'Tawag'.
           Pada masa kini terdapat juga alat 'Tetawak' yang diperbuat daripada besi sebagai alternatif oleh pakar-pakar dari kalangan masyarakat tempatan.Mereka menggunakan teknik 'petri' ataupun dibentuk daripada objek seperti 'leger' iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipetrikan.
                 
(http://www.sabah.gov.my/pd.kdt/gambar/Bengkel%20gong.jpg)

GONG / TETAWAK IBU



Gong /Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama dalam budaya muzik masyarakat Melayu tradisi  di Malaysia. Ianya sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak anak  khususnya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan, Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana dan tarian-tarian rakyat.
          Tetawak ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar dari Tetawak Anak. Dalam konteks persembahan, pada prinsipnya Tetawak  Ibu dan Anak digantungkan pada tiang yang diukir khas dan Tetawak Ibu  hendaklah berada di sebelah kiri pemain.


CANANG                                                             
Canang sejenis alat daripada keluarga gong yang berukuran  kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.
 Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya disertakan secara berpasangan iaitu Canang ; 'ibu' dan 'anak'. Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik, mengikut amalan semasa Canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonic yang mempunyai pic suara yang tepat. Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, Canang yang bernada seperti C,D,E dan G mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang. Kini terdapat dua jenis Canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'. Gambar yang dipamerkan ini ialah Canang Asyik yang diperbuat daripada gangsa dan Canang Ibu dan  Anak yang diperbuat daripada besi, mempunyai tombol yang kecil serta dinding yang rendah.

BONANG
Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu. Mengandungi dua oktaf dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang. Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi 'degung'. Secara dikotomi Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang(lelaki) mengikut bahasa Jawa. Dalam permainan Gamelan melayu, melodi pokok diimprovisasikan  yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni. Di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya, secara tradisi, alat Bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai sistem nama yang hampir sama dengan alat keluarga Gong yang terdapat di Sarawak, dikenali sebagai 'engkeromomg' manakala dalam tradisi Gamelan di Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam ensemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat.


diambil daripada http://shidaburn-shida.blogspot.com/ pada 1/12/2014

No comments:

Post a Comment