Monday, 1 December 2014

MEMBRANOFON

Alat muzik membranofon ialah sebuah alat muzik yang sumber bunyinya dihasilkan melalui kulit haiwan kebiasaannya yang direngangkan. Alat muzik seperti ini boleh ditemui dalam mana-mana kaum terutamanya kaum Melayu, India dan etnik di Sabah dan Sarawak.

1. BEDUK
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pengenalan:
Sejenis gendang yang berpasangan (ibu dan anak). Diperbuat dari kayu nangka yang berongga dan kedua-dua permukaan dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Hanya satu permukaan sahaja yang digunakan. Sebelah lagi digunakan setelah permukaan satu lagi rosak. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang dijadikan kaki.
Fungsi:
Digunakan untuk tujuan persembahan wayang kulit, majlis keagamaan dan istiadat di kampung-kampung.
Cara Bermain:
Dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan sahaja.

2. REBANA UBI
 
 
Pengenalan:
Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz.
Fungsi:
Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian.
Cara Bermain:
Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah.
 
3. NAHARA
 
 
 
 
 
Pengenalan:
Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang.
Fungsi:
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.
Cara Bermain:
Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.

 
4. GEDUK
 
 
 
 
 
 
Pengenalan:
Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak.
Fungsi:
Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.
Cara Bermain:
Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu.
 
 
 

No comments:

Post a Comment